Cina dianggap sebagai pendatang? Issue ini telah menjadi berita yang hangat pada bulan September yang lepas. Adakah ini benar? Ya tidak dinafikan Cina dan India ialah sebagai pendatang tetapi orang melayu juga merupakan pendatang. Anda mesti tertanya-tanya mengapa menyatakan begini. Orang cina dan orang india merupakan pendatang kerana mereka dibawah masuk ke Malaysia oleh British untuk kegiatan ekonomi mereka ini lah sebabnya. Tetap mengapa orang melayu menganggap mereka sendiri sebagai bumiputera? Orang Melayu juga merupakan pendatang kerana orang melayu juga tidak berasal daripada Malaysia mengapa diberi sama taraf dengan bumiputera sebenar dalam perlembagaan.
Dalam Sejarah Malaysia menyatakan bahawa orang melayu berhijrah daripada Yunan 3000 tahun dahulu. Dalam kata yang lain orang melayu juga merupakan Pendatang. Mengapa harusnya kita kutuk sesama sendiri? Kita sebagai penduduk Malaysia, kita bukan diadili melalui kulit kita,asal usul kita tetapi kualiti yang terdapat pada sesuatu orang tersebut. Jangan cemburu terhadap kepada seseorang itu kerana kekayaan atau kebahagian seseorang itu. Anda juga boleh milikinya dengan kerja keras dan usaha sendiri.Disebabkan cemburu kepada seseorang menyebabkan berlakunya kemarahan dan kebencian dengan faktor menyebabkan peperangan.
Pihak Keajaan Malaysia sepatutnya mencontohi negara jiran kita seperti Singapore, wang kertas terdapat pelbagai bahasa ini telah menunjukkan begitu harmoninya mereka hidup dalam sesebuah negara. Selain itu tentang bangsa pula mengapa kita harus membezakan adakah ini kesilapan teknikal? Kita patut mengguna satu bangsa sahaja ia itu bangsa Malaysia seperti di Indonesia.Ini dapat mengukuhkan kesetiaan kepada negara. Cubalah membuka mata dan fikir untuk membuat apa yang dipatut.
Ini tiada kaitan dengan perkauman,ini cuma nak menyedarkan orang yang masih fikir dengan matang lagi. Kalau sesiapa yang rasa pedasnya,cubalah fikir adakah anda buat dengan betul?

0 comments:
Post a Comment